11 Facebook campaign objective anda perlu tahu

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Sebelum memulakan campaign Facebook ads anda yang pertama, kita perlu faham konsep Facebook ads dahulu. Facebook Ads adalah satu sistem dimana ianya akan buat apa yang anda suruh mengikut pemilihan campaign Objective yang ditetapkan. Setiap pilihan Objective ini juga akan menentukan end result yang anda mahukan.

Secara asasnya, campaign Objective terbahagi kepada 3 bahagian atau fasa. Dan ada 11 pilihan Objective yang boleh dipilih.

  • Awareness
  • Consideration
  • Conversion

Ketiga-tiga fasa ini mewakili setiap proses “customer journey” dari seorang  prospect sehinggalah menjadi customer, leads dan lain-lain.

Jom kita tengok bahagian pertama campaign objective iaitu “Awareness” 

Kita akan diberi 2 pilihan objective iaitu:

  • Brand Awareness
  • Reach

Brand awareness

Dengan objective brand awareness, Facebook akan hantar ads anda kepada orang yang ada kebarangkalian yang tinggi untuk ingat pada brand anda. Ianya sesuai digunakan untuk perkenalkan brand anda kepada audience yang lebih besar.

delighted baristas with portafilter and paper cup
Photo by Ketut Subiyanto on Pexels.com

Reach

Facebook akan hantar ads anda kepada kepada seramai mungkin pengguna Facebook bergantung pada setting target audience dan juga budget yang ditetapkan.

Kedua-dua Objective ini akan membantu perkenalkan brand, product atau servis anda untuk mencapai target audience yang besar dan ramai menggunakan data semasa Facebook.

Sebagai contoh, anda ada bisnes Nasi Lemak Kukus di Bangi. Jadi anda boleh pilih antara 2 Objective Awareness di atas dan Facebook akan hantar ads kepada kesemua orang di Bangi dan beritahu Kedai Nasi Lemak Kukus anda berada di Bangi dan anda menjual macam-macam jenis lauk pauk. 

Jenis ads pula, anda boleh gunakan video atau gambar yang menggiurkan supaya orang akan ingat dan tertarik dengan business anda.

Seterusnya jom kita lihat bahagian Consideration pula dimana kita diberi 6 pilihan objective yang ada fungsi tersendiri.

  • Traffic
  • Engagement
  • App Installs
  • Video View
  • Lead Generation
  • Messages
woman holding card while operating silver laptop
Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Traffic

Facebook akan cari dan hantar ads kepada orang yang ada kebarangkalian yang tinggi untuk click pada ads yang mereka nampak. Objective ini sangat sesuai jikalau anda mahu seseorang prospek untuk masuk ke website, blog, artikel atau sales page anda. Dengan Objective ini anda akan terima banyak traffic dan secara tak langsung akan mendapat CTR (click through-rate) yang tinggi berbanding Objective yang lain. Walau bagaimanapun ianya bergantung pada ad creative yang anda gunakan.

Engagement

Facebook akan cari pengguna-pengguna Facebook yang suka ‘Like, Comment & Share’ pada sesuatu ads. Melalui Objective ini anda akan dapat banyak Engagement dan secara tidak langsung boleh digunakan sebagai social proof dimana ianya akan membantu untuk meningkatkan kepercayaan seorang prospek kepada brand anda.

App Installs

Objective ini boleh digunakan jikalau anda ada sesuatu app dan anda mahu orang untuk download app anda. 

Video Views

Facebook akan cari pengguna yang suka tengok video di feed mereka. Tetapi jika anda mahu prospek untuk tengok video anda dan pergi ke landing page, website atau lain lain objective “Video Views” ini kurang sesuai kerana mereka ini memang jenis prospek yang hanya suka tengok video sahaja dan bukan buat selain dari itu.

Lead Generation

Objective Lead Generation ini boleh digunakan untuk anda yang mahukan leads. Apabila prospek dapat iklan anda dan berminat mereka akan tekan button CTA (call-to-action) yang anda tetapkan dan mereka akan dibawa kepada satu page berbentuk form dimana mereka boleh isi details yang anda mahukan supaya anda boleh buat follow up dan sebagainya. Objective ini sangat sesuai digunakan jika business anda berjenis servis sebagai contoh anda seorang agent hartanah, insurance dan sebagainya.

Messages

Facebook akan cari dan hantar ads anda kepada pengguna yang suka berinteraksi melalui Facebook Messenger, Whatsapp ataupun Instagram Direct. Jika anda mahukan personal touch untuk menjual produk atau servis anda, boleh gunakan objective Messages ini.

Seterusnya jom kita beralih ke bahagian yang terakhir iaitu Conversion pula dimana anda akan diberi 3 pilihan Objective.

  • Conversions
  • Catalogue Sales
  • Store Traffic

Sebelum memulakan ads conversion, anda perlu pastikan anda sudah ada Facebook Pixel di dalam Website atau landing page. Ini kerana, Facebook akan menggunakan data-data dari Facebook pixel tersebut untuk mencari pengguna-pengguna Facebook yang berminat dengan produk anda.

Conversions

Melalui Objective ini, Facebook akan hantar ads anda kepada pengguna Facebook yang ada keinginan yang tinggi untuk convert (bertukar menjadi customer atau melakukan action yang kita). Sebagai contoh, membuat pembelian ataupun meletakkan payment info di dalam website atau landing page. 

Catalogue Sales

Ads Objective ini sesuai digunakan untuk business e-commerce ataupun jika anda mempunyai pelbagai jenis produk dimana anda boleh kumpulkan kesemua produk anda dan jadikan sebagai sebuah catalogue. Objective ini boleh digunakan sebagai retargeting ads yang efektif.

Store Traffic

Jika anda mempunyai beberapa buah premis perniagaan, anda boleh gunakan Objective ini untuk bawa traffic ke premis tersebut. Untuk gunakan Objective ini, pastikan anda sudah meletakkan ‘Store Locations’ didalam Facebook Business Manager. Melalui Objective ini, anda boleh meningkatkan foot traffic dan secara tidak langsung tingkatkan jualan business anda.

Rumusan

Jika anda masih tidak pasti campaign objective mana yang anda harus pilih, sila test dan lihat objective mana yang berikan result yang anda mahukan. Apa yang penting adalah anda perlu faham Facebook ini adalah satu sistem dimana ia akan buat mengikut apa yang anda tetapkan. Jadi tunggu apa lagi? Jom pilih campaign objective yang betul dan start buat ads anda.

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan