3 audience anda harus retarget

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk website tapi tengok-tengok je?

Ini 3 audience yang anda patut attack semula dengan Retargeting Ads supaya mereka tidak terlepas dari genggaman anda.

1. Video viewers

Ramai pengguna social media suka tengok video dan secara am, ads berjenis video adalah lebih efektif berbanding ad creative yang lain. Retarget semula mereka yang sudah view 95% video ad anda. Jika mereka dah tengok sampai 95% bermakna mereka berminat dengan apa yang anda offer. Jadi anda boleh hantarkan semula sebuah video khas yang memangil semula mereka untuk membuat pembelian.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

2. Website visitors

Prospek yang masuk ke website anda tak semestinya akan beli terus. Kadang kala mereka mahu lihat dan faham dahulu produk dan harga di website anda. Website visitors yang paling anda harus retarget adalah prospek yang sudah checkout ataupun abandoned cart dan lupa nak bayar. Retarget mereka semula dengan satu offer special untuk mereka contohnya RM10 off untuk mereka sahaja.

3. Social media stalkers

Prospek suka dengan ads anda dan selepas itu mesti mereka akan stalk siapakah anda ini. Tempat yang paling lazim mereka stalk adalah laman social media Facebook atau Instagram anda. Mereka mungkin nak tengok apa lagi produk yang anda offer, review dari customer yang lepas dan macam-macam lagi. Lepas dah tengok social media anda, mereka sama ada akan follow dan beli dari anda ataupun terus keluar dan lupakan anda. Tapi jangan risau, mereka masih didalam genggaman anda sebab kesemua data social media visitors kita ada disimpan oleh Facebook. Jadi kerja anda adalah untuk retarget semula social media stalkers ni dan berikan mereka satu insentif untuk beli dari anda.

Photo by Daria Shevtsova from Pexels

Rumusan

Campaign retargeting ini selalu dilepas pandang oleh ramai daripada kita. Gunakan kesemua data yang ada pada kita dengan sebaik mungkin kerana bukan setiap prospek yang jumpa ads kita akan membuat pembelian terus. Sedangkan kita sendiri kalau masuk ke kedai pun tak semestinya akan beli terus. Jadi jangan lupa untuk bina sebuah retargeting ads yang best agar mereka akan terus membuat pembelian dengan anda.

Kalau anda mahu belajar bagaimana nak bina sebuah retargeting ads yang best, dapatkan Masterclass Facebook Ads sekarang. Click pada gambar dibawah ini.

https://bootcamprevolusionline.com/masterclassfacebookads/

Belajar lagi dengan artikel ini:

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan

Apa itu Dynamic Creative?

Dynamic creative adalah sebuah tool dimana Facebook akan hantar kombinasi ad creative yang terbaik secara automatik. Ia menggunakan beberapa kombinasi komponen ads