3 sebab kenapa content marketing penting untuk business anda

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Content marketing ni adalah sangat penting untuk semua jenis online business. Ianya merupakan satu elemen didalam ekosistem marketing kita dan cara untuk kita berinteraksi dengan target audience kita. Nak buat content, perlu ada planning dan goal yang kita nak achieve. Bukan buat content buta-buta sahaja. Perlu tahu apa yang audience kita nak tengok dan suka. Perlu faham bila waktu yang sesuai untuk kita post.

Jadi untuk blog kali ini, saya akan berikan 3 sebab kenapa content marketing ni penting untuk business anda.

1. Build trust & awareness

Photo by Dio Hasbi Saniskoro from Pexels

Content marketing ni boleh membantu untuk increase brand awareness pada audience kita. Produce content yang menarik dan memberi manfaat pada mereka supaya mereka ada lebih kepercayaan pada produk atau servis yang kita offer.

Bukan semua prospek yang masuk ke website kita akan beli terus. Mereka selalunya akan ada keinginan yang tinggi untuk “stalk” social media kita dahulu. Bila anda ada content yang berkualiti dan bagus, secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kepercayaan mereka pada kita.

2. Medium bersosial dengan pelanggan

Photo by Afta Putta Gunawan from Pexels

Facebook & Instagram adalah satu medium untuk kita bersosial dengan pelanggan sedia ada ataupun bakal pelanggan. Buat content yang menarik seperti contest, poll, video produk demo ataupun sebuah content yang jenis bertanya. Suai kenal dengan mereka dan fahami apa yang mereka suka tengok. Ini juga adalah satu bentuk personal touch dari anda sendiri kepada audience anda. Kadang kala prospek ni suka bila ada personal touch dan mereka akan lebih tertarik untuk membeli produk atau servis anda.

3. Bezakan business anda dengan competitors

Photo by Daniel Reche from Pexels

Gunakan content marketing untuk jadi lain dari yang lain. Ramai usahawan yang offer produk atau servis yang sama, tetapi apa yang akan membezakan anda dengan mereka? Sentiasa berikan prospek content yang berkualiti, membantu dan memberi manfaat pada mereka. Ingat yang prospek ni suka “stalk” kita dan juga pesaing kita sebelum membeli. Content yang konsisten dan padat dengan info boleh bantu pelanggan membuat keputusan untuk beli dari anda.

Rumusan

Content marketing adalah satu elemen yang penting dalam marketing plan sesebuah online business. Content yang ada value dan relevan akan bantu seorang prospek menjadi pelanggan. Jangan malas buat content kerana content adalah satu bentuk investment jangka pendek dan panjang dalam membentuk sebuah brand yang berjaya.

Saya akhiri blog ini dengan satu quote daripada boss kita.

“Kalau nak harapkan buat Facebook & Instagram ads saja untuk jual produk, susah boss”.

Firdhaus Muntazar

Jangan lupa untuk dapatkan Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online yang terkini, terbaru dan paling best!

https://bootcamprevolusionline.com/masterclassfacebookads/

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan