3 tips untuk tingkatkan CTR(Click-through rate) Facebook Ads anda

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Click-through rate ataupun lebih dikenali sebagai CTR adalah peratusan jumlah prospek yang click pada ads anda ke atas jumlah paparan ads anda (impressions).

Kalau mahu diletakkan sebagai sebuah formula, ianya berupa seperti di bawah:

Click Through Rate = (Jumlah clicks / Jumlah impressions) x 100

CTR adalah satu metric lazim yang kita gunakan untuk menentukan sama ada ads tersebut memberikan traffic pada website kita atau tidak.

Terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan penting untuk mendapat CTR yang bagus dan pada blog kali ini saya akan beritahu apa yang perlu anda lakukan jikalau CTR anda rendah dan tidak memuaskan? Ikut saja 3 tips best dibawah.

Placements

Seperti yang anda tahu, Facebook menyediakan pelbagai jenis ad placement. Walau bagaimanapun bukan semua placements ini akan memberikan CTR yang tinggi. Fokus pada 3 placements yang paling efektif iaitu:

  • Facebook news feed
  • Instagram feed
  • Instagram stories

Ini adalah kerana, 3 placements ini memberikan anda ruang yang luas untuk display ad creative anda dan juga ruang copywriting yang panjang dan banyak berbanding placements yang lain.

Offkan automatic placements dan tick pada manual placements untuk membuat 3 pilihan diatas.

Kesemua placements yang Facebook berikan pada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi cukup sekadar memilih 3 placements utama ini jika anda mahukan CTR yang tinggi.

Ad creative yang menonjol

Photo by Artem Beliaikin from Pexels

Jika anda gunakan image sebagai ad creative pastikan anda guna image yang striking untuk menarik perhatian prospek. Gunakan warna yang menonjol supaya ads anda nampak lain dari yang lain apabila mereka scroll di dalam social media.

Jika anda gunakan video sebagai ad creative pastikan video tersebut bermula dengan satu punchline atau footage yang best gila. Sebabnya adalah attention span seseorang prospek tu pendek sangat. Jika anda tidak grab attention mereka dalam beberapa saat pertama, peratusan untuk mereka lihat keseluruhan video tersebut akan semakin berkurang.

Pilihan audience

Photo by Anton Belitskiy from Pexels

Semak semula audience targeting anda. Mungkin pilihan audience yang anda pilih kurang tepat dan secara tidak langsung ads anda mungkin kurang relevan pada mereka. Pastikan size audience yang anda bina tidak terlampau broad dan tidak terlampau narrow. Olah semula audience targeting anda dan buat split test untuk dapatkan CTR yang tinggi.

Rumusan

Dengan menggubah 3 elemen ini, anda akan dapat lihat perubahan didalam CTR Facebook Ads anda. Analisa dahulu apa yang perlu diperbaiki, fahami apa yang audience anda suka dan minat dan bentukkan customer avatar yang anda rasa akan suka pada produk atau servis yang anda offer.

Kalau tak percaya, cuba dan buat terus boss.

Nak tahu lebih lagi tentang metrik-metrik Facebook Ads yang lain? Jom dapatkan Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online sekarang!

https://bootcamprevolusionline.com/masterclassfacebookads/

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan