4 sebab kenapa Facebook Ads anda tak perform

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Membina sebuah Facebook Ad Campaign bukanlah semudah 1,2 dan 3. Bukannya click, click, click terus dapat result. Saya akan olahkan 4 sebab kenapa Facebook ads anda tak perform dan bagaimana untuk troubleshoot ads tersebut.

1. Targeting salah

Facebook Ads anda mungkin tak berjaya sebab anda tak target audience yang betul. Sebelum anda mula membina ads, kenal dan fahami prospek anda. Anda perlu tahu apa yang mereka minat, demografik mereka, lokasi mereka dimana dan bagaimana perangai mereka. Bina sebuah “Customer Persona” yang paling ideal supaya mudah untuk anda pilih target audience yang betul apabila membina ads nanti.

2. Budget terlalu kecil

Pastikan campaign budget sesuai dengan tempoh yang anda tetapkan. Anda perlu tahu berapa anda sanggup spend setiap hari untuk Facebook Campaign tersebut. Bila dah kenal pasti berapa anda sanggup spend, setkan tempoh yang logik dan sesuai dengan budget anda.

3. Ads tak click worthy

Photo by Vojtech Okenka from Pexels

Kalau targeting betul, budget cukup, tapi ads masih tak perform, anda mungkin perlu ubah ads anda. Macam mana nak tau ads menarik atau tak? Tengok CTR. Kalau CTR anda rendah, itu bermakna ads anda tak menarik perhatian prospek anda. Jika anda guna image sebagai ads, pastikan image tersebut jelas dan striking. Jika anda gunakan video sebagai ads, pastikan video tersebut tidak terlalu panjang, menarik dan informatif. Attention span seorang prospek di social media adalah sangat singkat, jadi gunakan beberapa saat tersebut dengan efektif supaya mereka tidak abaikan ads anda.

4. Test, test & test!

Photo by Anthony Shkraba from Pexels

Trial and error untuk pastikan anda dapat winning ad. Buat split test, bukan hanya untuk images atau copywriting, tapi juga untuk targeting ads anda. Lihat dan analisa semula slit test ads anda untuk kenal pasti mana yang berkesan.

Troubleshoot keempat-empat elemen diatas dan pastikan anda tidak membuat kesilapan yang sama apabila membina Facebook Campaign anda yang baru nanti.

Semak balik sama-sama jom!

Anda nak tahu sebab-sebab lain kenapa Facebook Ads anda tak perform? Dapatkan Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online

https://bootcamprevolusionline.com/masterclassfacebookads/

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan