4 tip penting dalam memilih payment gateway yang stabil

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Prospek ni suka benda yang mudah dan cepat. Prospek masuk website, dah suka produk anda terus dia add to cart, initiate checkout, letak details dan terus nak bayar. Bila nak bayar, tiba-tiba sangkut pulak. Bila sangkut, terus tak jadi beli. Rugi boss. Jadi kalau nak pilih payment gateway perlu ambil kira beberapa perkara dibawah ni.

1. User friendly

Pastikan payment gateway pilihan anda mudah untuk digunakan prospek sama ada mereka membeli dari mobile ataupun desktop. Sesudah mereka masuk ke payment gateway tersebut, mereka sudah sepatutnya tahu dimana harus mereka klik untuk meneruskan pembelian. Jika proses pembelian terdapat banyak rintangan dan terlampau rumit, prospek akan cenderung untuk “abandoned cart” dan secara tak langsung akan membatalkan pembelian. Cuba sendiri dan letakkan diri anda sebagai seorang prospek dan test perjalanan prospek di payment gateway tersebut.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

2. Safe & secure untuk anda dan pengguna

Keselamatan data pengguna adalah sangat penting apabila berurusan di dalam talian. Pastikan syarikat payment gateway pilihan anda adalah selamat untuk digunakan. Anda boleh lihat dibahagian privacy policy ataupun terms and conditions didalam website mereka untuk fahami bagaimana mereka menjaga data dan informasi pengguna.

3. Kos fee yang berpatutan

Analisa dan nilaikan kos fee yang mereka kenakan kepada anda sebagai penjual. Setiap syarikat mengenakan fee yang berlainan untuk pembayaran menggunakan FPX dan credit card. Selain itu lihat juga berapa lama tempoh bayaran settlement kepada anda selepas setiap pembelian pelanggan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

4. Sistem integrasi yang mudah untuk website anda

Integration payment gateway bukanlah satu perkara yang mudah untuk dibuat sendiri jika anda kurang mahir. Tetapi kebiasaanya payment gateway provider akan tunjukkan proses secara terperinci bagaimana untuk integrate melalui video ataupun website mereka. Minta bantuan dengan customer support mereka untuk bantu anda. Bila dah selesai integrate, jangan lupa untuk membuat pembelian untuk test sama ada ianya berfungsi dengan betul atau tidak.

Ini adalah sedikit sebanyak tip tip untuk anda membuat pilihan payment gateway yang betul. Goal anda disini adalah untuk permudahkan pembelian dengan menggunakan payment gateway yang stabil.

Eh boss, dah standby ke belum untuk pelancaran Masterclass Ecommerce Conversion esok? Kalau belum click pada gambar dibawah ni sekarang. 1 hari je lagi!

https://kedai.bootcamprevolusionline.com/

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan

Apa itu Dynamic Creative?

Dynamic creative adalah sebuah tool dimana Facebook akan hantar kombinasi ad creative yang terbaik secara automatik. Ia menggunakan beberapa kombinasi komponen ads