4 Tips best untuk video ads anda

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Ramai manusia gunakan media sosial untuk bersosial, membaca artikel, melihat video dan sebagainya. Dalam satu hari, beribu-ribu content yang mereka akan lihat didalam feed mereka. Dalam beribu-ribu content yang mereka scroll, pasti akan ada beberapa content yang mereka akan lihat dan baca. Jadi kenapa mereka stop, lihat dan baca? Mesti ada sebab kan. 

Kali ini saya akan share dengan anda 4 tips bagaimana untuk tarik perhatian mereka dengan menggunakan video sebagai ads anda.

1. 3 saat pertama

Gunakan 3 saat pertama video anda sebaik mungkin. Mulakan dengan sesuatu yang menarik perhatian mereka “instantly” supaya mereka tidak terlepas. Sebagai contoh, mulakan video anda dengan headline yang sensasi. Ini akan meningkatkan keinginan mereka untuk melihat video tersebut sampai habis. Lihat contoh dibawah ini, dia menggunakan text headline sebagai penarik.

2. Short & compact

Seperti yang anda sedia tahu, pengguna media sosial kurang gemar pada video yang panjang dan boring. Gunakan video yang pendek dan padat dengan info. Saya suka gunakan video 15 – 30 saat untu video pendek dan 1 – 2 minit untuk video panjang. Walau bagaimanapun, ianya berganting pada produk atau servis yang anda offer. Apa yang penting disini adalah sesudah mereka habis melihat video tersebut, mereka faham dan tahu apa perlu mereka lakukan seterusnya.

3. Gunakan format yang betul

Gunakan format saiz yang betul untuk setiap placement supaya video anda tidak jadi terlampau besar, kecil ataupun “cropped out”. Sebagai contoh, format saiz di Instagram stories dan news feed adalah berbeza. To be safe, saya selalu gunakan 1080 x 1080 sahaja. Ianya sesuai untuk semua placements.

4. Demo produk anda

Tunjukkan pada prospek demo produk atau servis anda in real life. Kalau anda menjual baju kurung contohnya, tunjukkan video seorang model memakai baju kurung tersebut disertai dengan posing dari pelbagai angle. Tunjukkan demo secara komprehensif supaya mereka faham sepenuhnya apa yang anda cuba jual atau offer.

5. Tak ada idea? Stalk pesaing anda 😜

Jika anda tak ada idea nak buat video yang macam mana, tips yang paling mudah adalah “stalk” pesaing anda. Lihat bagaimana mereka membuat video dan cuba olah mengikut kesesuaian  brand dan produk anda. Tujuannya disini bukanlah untuk meniru idea mereka, tetapi untuk mendapat inspirasi. Malahan banyak brand besar diluar sana yang mendapat inspirasi daripada pesaing mereka sendiri. 

Photo by Noelle Otto from Pexels

Ini adalah sedikit sebanyak tips yang saya sendiri gunakan untuk membuat sebuah video ads yang menarik. Saya harap anda faham dan boleh cuba praktikkan terus tip- tip ini. Apa yang penting adalah sentiasa “be yourself” dalam membuat sebuat video ads dan gunakan kreativiti anda sebaik mungkin. 

Jumpa di blog seterusnya.

Terima kasih.

Kalau anda nak penerangan yang lebih padat, jom dapatkan Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online.

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan