5 kesilapan lazim Facebook Ads anda perlu elak

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Adakah Facebook Ads memakan budget marketing anda setiap bulan dan anda rasa seolah-olah macam “bakar duit” sahaja? Ads dah habis beribu-ribu tapi sales masih kelaut? Buat ads dah lama tetapi tidak ada planning dan strategi? Dalam blog kali ini saya akan tunjukkan 5 kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh Facebook marketer.

1. Pemilihan campaign objective yang salah

Sebelum memulakan campaign Facebook ads anda yang pertama, kita perlu faham konsep Facebook ads dahulu. Facebook Ads adalah satu sistem dimana ianya akan buat apa yang anda suruh mengikut pemilihan campaign Objective yang ditetapkan. Setiap pilihan Objective ini juga akan menentukan end result yang anda mahukan.

Secara asasnya, campaign Objective terbahagi kepada 3 bahagian atau fasa. Dan ada 11 pilihan Objective yang boleh dipilih.

  • Awareness
  • Consideration
  • Conversion

Ketiga-tiga fasa ini mewakili setiap proses “customer journey” dari seorang  prospect sehinggalah menjadi customer, leads dan lain-lain.

Jadi sebelum mulakan campaign, anda perlu faham apa objective yang cuba anda capai. Jadi buat pilihan yang tepat.

Photo by Markus Winkler from Pexels

2. Tidak membuat split test

Kalau nak tahu apa settings yang tepat dan betul untuk ads anda, perlu sentiasa buat testing. Kalau tak buat split test, macam mana nak tahu ads anda perform atau tidak betul tak? Secara asasnya ada beberapa elemen yang anda boleh dan perlu test kalau nak dapat results yang bagus

  • Call to Action atau CTA.
  • Creative
  • Copywriting
  • Audience targeting
  • Headline
  • Location

Bila dah habis buat split test dan dapat data yang cukup, anda akan dapat tahu mana satu winning ads dan faham apa yang target audience anda suka dan mahukan.

Lepas tu boleh la terus bentukkan Facebook Ads yang betul, dengan audience yang berkesan!

3. Tak pandai baca data dan tak pantau ads

Ads dah jalan, lepastu? Lepastu kenalah pandai baca data boss. Ada 6 data atau metriks penting dalam Facebook ads yang perlu tahu baca.

  • Reach – Jumlah target audience anda
  • Impressions –  Jumlah bilangan reach yang lihat ads anda
  • Clicks –  Bilangan yang click button pada ads anda
  • Click Through Rate(CTR) – Clicks per impressions yang terbaik adalah minimum 1%
  • Website visitor/sessions – Jumlah orang masuk ke website
  • Conversion rate= orders/website  – CVR terbaik adalah 3%

Sentiasa pantau ads anda lepas dah approve. Kalau nak faham dengan lebih mendalam tentang metriks/data penting ni boss boleh rujuk video #039 didalam Masterclass Facebook Ads.

Photo by Lukas from Pexels

4. Letak banyak ad set & ads tapi budget sikit

Budget RM20 sehari, 1 Campaign, 10 Ad set, dalam satu ad set ada 20 ads. Boleh bayangkan tak macam mana Facebook nak agihkan budget RM20 dengan berpuluh puluh ads ni. Tak logik kan.

Pastikan sebelum anda buat ad campaign, rancang dan kira dulu berapa budget yang anda ada dan plan campaign anda betul-betul. Bila budget yang diletak tidak bersesuaian dengan jumlah ad set dan ads, campaign anda akan jadi sangat slow dan sangkut kerana budget tidak memadai. Bila jadi macam ni, campaign anda akan masuk stage learning dan tak akan keluar sampai bila-bila. 

Simplify struktur campaign anda dan letakkan budget yang mencukupi supaya campaign anda dapat berjalan dengan lancar.5.

5. Tak buat retargeting ads

Retargeting ialah sebuah campaign (selalunya Traffic, Message atau Conversion) di mana kita hantar semula iklan kepada mereka yang pernah berinteraksi dengan mana-mana platform kita.

Kita boleh hantar semula iklan kepada mereka yang; Sudah engaged dengan FB Page dan Intagram kita, pernah membeli, pernah ke website, pernah ke kedai dan sebagainya.

Retargeting yang berjaya berlaku sekiranya kita attack kepada mereka yang mempunyai niat yang tinggi untuk membeli.

Jangan buat ads sekali sahaja dan lepaskan prospek dari genggaman anda. Rugi boss.

Photo by Marc from Pexels

Kalau nak tahu bagaimana untuk elak kesilapan lazim ini dan bina Facebook campaign yang berjaya, jangan lupa untuk dapatkan Masterclass Facebook Ads. Dalam tu boss Firdhaus Muntazar ada terangkan dari A-Z. Kalau anda sudah dapatkan, jom tengok dan belajar semula.

https://bootcamprevolusionline.com/masterclassfacebookads/

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan