Automatic Placements atau Manual placements?

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Facebook Ads adalah satu platform dimana anda berpeluang untuk mencari prospek yang minat dan suka pada produk atau servis anda. Di Malaysia sahaja, ada seramai 26 juta pengguna Facebook aktif yang datang dari pelbagai background dan interest. Manakala Instagram pula ada seramai 12 juta pengguna.

Untuk membina Facebook Ads yang berjaya, anda bukan sahaja perlukan ad creative menarik, copywriting yang best dan targeting yang betul, malah Ads placements juga memainkan peranan yang sangat penting kerana ia adalah tempat dimana prospek anda berada.

Dengan Automatic placements, anda sebenarnya memberi kebenaran kepada Facebook untuk hantar ads anda kepada prospek mengikut data semasa Facebook. Boom! Tak payah nak fikir mana nak setting placement kan. Tetapi, placements tersebut mungkin kurang sesuai dan tidak efektif sebab kita pun tak pasti ads kita akan berada dimana.

Manakala Manual placements pula, anda boleh customise dan take control ads placements mengikut kebarangkalian dimana prospek anda berada.

Facebook Placement

Sebelum mula memilih placement, anda akan diberi pilihan untuk memilih kedua-dua devices ataupun salah satu sahaja. Kedua dua devices ini, Mobile dan Desktop akan memberikan anda placements yang berbeza-beza.

Jika anda memilih mobile placement, anda akan dapat akses di mobile news feed dan yang paling best adalah “Instant Experience”. Bagi mereka yang tak ada website ataupun menjual di Whatsapp, boleh gunakan Instant Experience ni sebagai landing page ataupun mini website anda.

Manakala di desktop placement pula, anda boleh memilih placement Facebook right column,messages dan lain-lain.

Jadi apakah content yang pengguna Facebook suka lihat? Sudah semestinya Video yang informatif serta membaca artikel yang menarik. Mereka juga selalunya berumur

Instagram Placement

Kebanyakan pengguna Instagram selalunya menggunakan Facebook juga dan ia adalah peluang untuk usahawan seperti anda untuk reach target audience di 2 platform berbeza. Jika anda mahu memilih placement di Instagram sahaja, anda perlu pilih device mobile.

Ini adalah beberapa placement di Instagram

Pengguna Instagram suka melihat gambar yang striking dan berwarna cerah serta video yang padat dan menarik.

Facebook Audience Network Placement

Facebook audience network akan memberi anda peluang untuk target audience di luar platform social media seperti website dan mobile apps. Kalau anda selalu main game, mesti ada ads kan?Itu salah satu daripada audience network placement ads. Ads sebegini selalunya agak mengacau user experience seorang prospek yang tengah best main game. Anda pun mesti pernah rasa macam ni kan?

Messenger Placement

Di dalam placement messenger, anda ada 2 pilihan iaitu Messenger Inbox dan Messenger Stories. Ads anda akan terpapar di dalam messenger Facebook dan juga di bahagian stories di Facebook Chat.

Rumusan

Kesemua placements ini ada fungsi dan kelebihan mereka sendiri dan ianya bergantung kepada campaign objective yang anda pilih. Saya harap dengan penerangan di atas anda faham perbezaan serta fungsi Automatic Placements dan Manual Placements. Jika masih kurang pasti, anda buat split test dan lihat placements mana yang memberikan hasil paling best.

Tapi ingat boss,

“Tak nak orang turn off dengan kita? Jangan pilih placement yang mengganggu”

Firdhaus Muntazar

Jom buat ads!

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan