Lifetime atau daily budget?

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Sebelum bina Facebook Ads, anda perlu tahu berapa anggaran yang anda mahu belanjakan setiap hari, bulan ataupun tahun.

Sama ada anda ada budget RM10 sehari ataupun RM10,000 sebulan , yang penting adalah anda perlu faham bagaimana Facebook gunakan budget anda apabila memilih Lifetime atau Daily budget.

Kedua-dua budget ini ada kelebihan yang tersendiri dan masa yang sesuai untuk digunakan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Lifetime Budget

Kelebihan ketara lifetime budget adalah “Ad scheduling” dimana anda boleh pilih masa dan hari anda mahu ads anda keluar. Dengan lifetime budget anda hanya perlu set tarikh dan waktu, selepas itu Facebook sendiri yang akan agihkan budget kepada ad set atau ads yang lebih berpotensi untuk perform berdasarkan data yang Facebook terima. Jika anda mahu run ads yang long term gunakan sahaja Lifetime budget. Sebagai contoh campaign awareness.

Daily Budget

Daily budget pula, anda boleh set berapa yang anda mahu Facebook spend dalam sehari. Contohnya RM20 sehari, Facebook akan agihkan kepada 24 jam dalam sehari dari 12.00AM  sehingga 11.59PM. Walau bagaimanapun, tidak semestinya Facebook akan spend tepat RM20 sehari. Mungkin akan ada hari yang Facebook akan spend sedikit lebih atau kurang. Daily budget ini sesuai digunakan apabila kita nak buat retargeting ads. Ataupun ad campaign yang berjangka pendek dan size audience yang kecil.

Jadi berapa pulak budget yang anda perlu ada kan? Jawapannya adalah ia bergantung kepada size audience, berapa banyak ad set dan ads yang ada didalam sebuah campaign tersebut. Pastikan jumlah budget mencukupi dan sesuai supaya ads anda boleh deliver dengan lancar.

Kalau anda nak penerangan yang lebih padat, jom nantikan pelancaran Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online yang terbaru pada 25 Januari 2021 nanti.

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan