Untuk kita yang nak mula buat duit online — tapi belum tahu nak jual apa, belum tahu nak mula di mana, dan belum ada modal untuk marketing atau ads.
Cara senang untuk jana RM1,000 dalam masa 7 hari dan seterusnya di Facebook, Instagram, Threads & WhatsApp — tanpa kos marketing, tanpa ads.
Situasi kita
Kita mungkin ada dalam salah satu situasi ini.
Mahu buat pendapatan sampingan, tapi belum tahu nak jual apa.
Atau sudah ada produk, tapi belum tahu nak mula macam mana.
Atau sudah cuba jual, tapi entah kenapa, macam buat-buat tak jadi.
Dan satu benda yang sama untuk kita semua:
Belum ada modal untuk marketing. Nak buat ads pun belum reti, atau belum ada bajet.
Kita bermula dari kosong.
Rasa macam semua orang sudah bergerak, kita seorang masih tercari-cari titik permulaan.
Kita lihat orang buat sales. Tapi tak nampak macam mana mereka lakukannya.
Kita dengar “buat ads”, “buat funnel”, “bina followers” — sampai nak mula pun terasa letih.
Dan makin lama menunggu, makin jauh terasa RM1,000 itu.
Sampai terdetik:
“Mungkin bukan bidang saya.”
“Mungkin kena ada modal besar dulu.”
“Mungkin saya memang tak serasi dengan bisnes.”
Titik pusing
Kita tak perlukan modal besar.
Tak perlu tahu buat ads.
Tak perlu followers ramai, atau content viral.
Yang kita perlukan cuma satu sistem yang mudah diikut — menggunakan apa yang kita sudah ada: telefon, WhatsApp, dan cara bercerita yang betul.
Itu bukan bakat.
Itu boleh dipelajari.
Perkenalan Ebook
Yang belum tahu nak jual apa.
Ada dorongan untuk mula. Tapi belum jumpa produk yang klik. Bab 2 dan 400 idea produk dalam bonus tolong kita bermula dari sini.
Yang sudah ada produk, tapi belum tahu nak mula.
Barang ada. Kedai ada. Tapi masih tercari susunan yang jalan. Bab 5 dan 6 kasi peta yang jelas.
Yang sudah cuba, tapi belum jadi.
Sudah post, sudah broadcast, sudah offer. Tapi sales tetap senyap. Bab 7 dan 8 pusingkan cerita — buat orang WhatsApp kita dahulu.
Semua kita ada satu benda yang sama: belum ada modal marketing, belum reti atau belum ada bajet ads. Bermula dari kosong.
Sejak 2018 saya bina Bootcamp Revolusi Online. Winning 10K pada 2021. Dua buku Facebook Ads. Semuanya untuk mereka yang sudah ada produk, sudah ada momentum, sudah ada bajet iklan.
Satu hari saya sedar — mereka yang paling perlukan bantuan tak pernah saya bantu. Yang belum ada modal. Yang belum reti ads. Yang tengah tersepit sekarang.
Ebook ini pertama kali saya berkongsi cara buat sales tanpa ads. Tanpa modal marketing. Menggunakan apa yang kita sudah ada.
Dalam satu pakej lengkap, kita ambil semua ni:
Selepas kita baca dan ikut sistemnya:
Kandungan
Ini bukan buku motivasi. Ini peta jalan, langkah demi langkah.
Lima cara fikir sebelum bermula, supaya kita tak tersasar dari hari pertama.
Belum tahu nak jual apa? Bab ini bantu kita pilih produk yang betul-betul boleh jual. (400 idea menanti dalam bonus.)
Belum ada produk sendiri? Boleh — jual secara komisen. Dan cara meletak harga yang menguntungkan, bukan sekadar mengagak.
Cara mengira dari harga produk kita ke RM1,000 seminggu. Jelas — berapa unit, berapa hari.
Susun WhatsApp kita menjadi kedai yang orang masuk terus terasa nak beli.
Ini bab kegemaran saya. Kita tak perlu tunggu content viral atau followers ramai. Kita jual dahulu kepada orang yang sudah kenal kita — empat lubuk: contacts dalam telefon, WhatsApp Groups, FB Marketplace, FB Groups. Sales pertama boleh masuk minggu ini juga.
Selepas sales pertama, kita mahu ia berterusan. 20 formula content yang buat pembaca berhenti scroll — hook, konflik, dan penyelesaian dalam struktur yang mudah diikut. Termasuk formula PESTA.
Bila publish, di mana publish, dan cara ajak tanpa mengemis. Sistem yang buat orang WhatsApp kita sendiri — bukan kita yang kejar mereka.
Berbaloi-baloi



Di luar sana ada banyak cara belajar. Semuanya ada tempatnya. Tapi bukan semuanya sesuai untuk kita yang baru mahu bermula dari kosong.
| Ebook Senang 1000 Seminggu | Kursus berbayar biasa | Video percuma di internet | |
|---|---|---|---|
| Modal untuk mula | Tiada — organik sepenuhnya | Selalunya perlu bajet iklan | Tiada |
| Perlu tahu buat iklan? | Tidak | Selalunya ya | Bergantung |
| Perlu followers ramai dahulu? | Tidak | Selalunya ya | Selalunya ya |
| Susunan langkah | Bab demi bab, dari kosong ke sales pertama | Tersusun | Berselerak — kena cari dan cantum sendiri |
| Template siap pakai | 110 template (60 story selling + 50 skrip) | Kadang-kadang | Jarang |
| Worksheet untuk terus buat | Ada, setiap bab | Kadang-kadang | Tiada |
| Sokongan selepas beli | Komuniti Telegram, berterusan | Ada, tapi selalunya bertempoh | Tiada |
| Sales pertama boleh datang | Minggu ini juga (Bab 6) | Selepas setup dan bajet siap | Tidak menentu |
| Harga | Kita yang pilih — RM39–RM59 | Ratusan hingga ribuan | Percuma |
Geser jadual ke kiri untuk lihat semua lajur.
Video percuma memang berguna — saya sendiri banyak berkongsi secara percuma. Masalahnya bukan kualiti, tapi susunan. Kita kena cari sendiri, cantum sendiri, dan selalunya tersangkut di tengah jalan sebab tak tahu langkah seterusnya.
Kursus berbayar pun bagus — untuk mereka yang sudah ada produk, sudah ada momentum, sudah ada bajet.
Ebook ini bukan untuk menggantikan mana-mana satu pun.
Ia untuk mengisi ruang yang selama ini kosong: satu susunan lengkap, dari kosong ke sales pertama, tanpa modal, untuk kita yang baru mahu bermula.
Harga
Jujurnya, saya boleh letak RM99 pada ebook ini. Mudah sahaja.
Nilainya lebih tinggi pun — kita sudah nampak, RM454 kesemuanya.
Tapi saya memilih untuk tidak.
Sebab tujuan saya bukan mencari untung sebanyak mungkin dari benda ini.
Tujuan saya membantu mereka yang betul-betul mahu bermula. Yang belum ada modal. Yang sedang tersepit.
Kalau saya letak RM99, sebahagian dari mereka takkan mampu. Sedangkan merekalah yang paling memerlukannya.
Sebab itu, minggu ini saya buat sesuatu yang jarang saya lakukan.
Saya biarkan harga menjadi keputusan kita.
Baru nak berjinak, bajet ketat? Ambil RM39. Betul-betul, tak mengapa.
Rasa mahu menyokong lebih? Ambil RM59.
Kita yang tentukan.
Bayar-Ikut-Suka
Produk sama. Bonus sama. Kita yang tentukan nilainya.
Terhad
Jangan simpan dalam “nanti-lah.”
Sebab Bayar-Ikut-Suka ini bukan setiap hari.
Sehingga 11:59PM Ahad ini.
Lepas 11.59 malam Ahad ini, harga-pilih-sendiri ini tutup.
Ringkasan
Satu keputusan hari ini. Satu langkah pertama esok pagi.
Soal jawab
Sesiapa yang mahu mula buat duit online dari kosong — yang belum tahu nak jual apa, yang sudah ada produk tapi belum tahu nak mula, atau yang sudah cuba tapi belum menjadi. Tiada pengalaman pun tak mengapa.
Tidak. Sistem ini organik — content dan WhatsApp. Tanpa ads, tanpa kos marketing.
Tidak. Bab 3 menunjukkan cara menjual secara komisen jika kita belum ada produk.
Tidak. Bab 6 menunjukkan cara mendapat sales pertama dari orang yang sudah kenal kita — tanpa menunggu followers.
RM1,000 itu sasaran dan contoh — bukan jaminan. Ada yang mencapainya dalam seminggu, ada yang mengambil masa lebih. Yang saya kongsikan adalah sistem yang betul. Usaha tetap kunci.
Betul, selama ini saya berkongsi tentang ads. Ebook ini pertama kali saya berkongsi cara tanpa ads — khas untuk mereka yang baru mahu bermula, yang belum ada modal untuk iklan.
Terus. Kedua-dua versi ebook, semua bonus dan link Telegram sebaik pembayaran selesai.
11:59PM setiap Ahad. Countdown di atas itu real.
Tentang Penulis
Marketer dan Digital Strategist untuk syarikat-syarikat ternama di dunia — AirAsia, AIA Malaysia, Astro Go Shop, dan Pizza Hut Malaysia.
Kali terakhir sebelum bersara, saya memegang jawatan Head of Digital Marketing and Ecommerce untuk Pizza Hut Malaysia.
Kini, sepenuh masa membantu usahawan-usahawan dalam Marketing dan Digital Marketing.
Selain itu, memiliki beberapa bisnes fesyen, kecantikan, dan produk kesihatan sendiri.
Kini, ebook Senang 1000 Seminggu adalah cara saya berkongsi ilmu tanpa penapis — untuk mereka yang paling perlukan bantuan bermula.
P/S: Kita membaca sampai ke sini. Maknanya ada sesuatu dalam diri kita yang sudah lama mahu bermula. Minggu ini pintu paling murah yang pernah saya buka — dan kita sendiri yang memegang kunci harganya.
P/P/S: Ingat — kita tidak membeli janji menjadi kaya. Kita membeli peta jalan yang mudah diikut, dengan harga yang kita sendiri rasa berpatutan. Saya sudah letak nilainya RM454. Saya boleh charge RM99 dengan mudah. Tapi minggu ini, RM39 pun saya buka pintu.