Penting sangat ke copywriting ni?

Dikarang oleh;
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Ya boss, sangat-sangat penting. Kalau anda mahukan sebuah ad campaign yang berjaya, anda mesti fikirkan apa “Godfather offer” yang anda nak beri, bagaimana nak buat ad creative yang menarik dan juga penulisan copywriting yang memberangsangkan.

Nak buat Facebook ads ni bukannya FREE tapi kena bayar betul tak? Jadi pastikan anda berikan 100% peluang untuk ianya berjaya. Copywriting yang bagus akan membantu prospek untuk faham apa yang anda ingin sampaikan dan apa yang perlu mereka buat setelah melihat ad anda.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Dalam blog kali ini saya akan share dengan anda 6 elemen penting yang perlu ada dalam copywriting anda.

1. Memahami siapa audience anda

Sebelum mula membuat copywriting, cuba fahami siapa target audience anda. Jika target audience anda adalah dari golongan ibu-ibu, tulis copywriting yang sesuai dengan mereka. Tulis copywriting yang berbeza mengikut target audience dan olah mengikut keadaan dan perasaan mereka. Dengan cara ini, prospek yang membaca akan lebih tersentuh dengan apa yang mereka baca. Matlamat anda disini adalah supaya mereka menerima, faham dan bersetuju dengan apa yang anda cuba sampaikan.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

2. Kaitkan copywriting dengan visual

Gunakan copywriting sebagai pelengkap kepada ad creative anda. Sesudah mereka lihat dan faham ad creative anda, mereka mahukan penerangan mengenai produk/servis yang anda offer. Elakkan copywriting yang terlampau am dan fokus pada bagaimana anda mahu “complement” ad creative tersebut dengan copywriting yang betul

Photo by John Barkiple on Unsplash

3. Gunakan 3 baris pertama ads dengan betul

Nak tahu kenapa? Sebab 3 baris itulah yang akan mereka nampak dahulu. Kalau 3 baris pertama tu best, barulah mereka akan click see more. Kalau best, mereka akan terus baca dan click ads tersebut. Gunakan testimonial, tajuk panas atau senarai mesti tahu supaya mereka akan rasa tertarik untuk tahu lebih lagi.

4. Sense of urgency

Bila mereka dah faham dan tertarik dengan ads anda, berikan mereka satu timeline untuk membuat keputusan sama ada mereka betu-betul mahu ataupun tidak. Buatlah satu “Limited time offer” sebagai contoh “Offer ini hanya valid untuk 20 orang pertama” ataupun “Offer tamat 4 jam lagi”. Desakan ini bukanlah berbentuk agresif tapi ianya bertujuan untuk meningkatkan keinginan mereka supaya mereka tidak terlepas daripada ads anda.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

5. Gunakan bahasa mudah faham

Elakkan penggunaan istilah yang terlampau teknikal. Memang betul kadang kala produk atau servis anda memerlukan penggunaan ayat yang spesifik pada industri tersebut. Tetapi “goal” anda disini adalah untuk membuat penulisan yang mudah difahami untuk semua golongan orang. Sesudah mereka habis membaca copywriting anda, mereka sepatutnya sudah tahu apa yang anda offer, apa kelebihan produk tersebut dan apa perlu mereka lakukan seterusnya.

6. Test, test, test dan test

Kalau nak tahu sama ada copywriting anda itu memberikan hasil atau tidak adalah dengan membuat testing. Cuba gunakan ad creative yang sama tetapi copywriting yang berbeza. Bandingkan results dan teruskan dengan copywriting yang memberikan results.

Apa yang kita semua mahukan dari ads kita adalah sales, leads dan sebagainya. Seperti yang saya terangkan diawal blog ini tadi, nak buat Facebook ads ni bukannya FREE tapi kena bayar. Jadi pastikan anda berikan 100% peluang untuk ianya berjaya.

Sekian.

Kalau anda nak penerangan yang lebih padat, jom dapatkan Masterclass Facebook Ads Bootcamp Revolusi Online.

Belajar lagi dengan artikel ini:

3 audience anda harus retarget

Nak buat retargeting ads tapi ragu-ragu nak retarget pada siapa? Dah buat ads, tapi tak pernah buat retargeting ads? Ramai orang masuk

Penjualan berlaku di website, bukan di ads

Ramai daripada kita yang bersangka sales datangnya daripada Facebook Ads. Hakikatnya adalah tidak sama sekali. Ecommerce tidak semudah hantar satu iklan dan